Ahad, 10 Januari 2021 | 8:56am
Aksi penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic (kanan) ketika menentang Torino di Milan. - Foto AFP
Aksi penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic (kanan) ketika menentang Torino di Milan. - Foto AFP

Ibrahimovic kembali daripada kecederaan

MILAN: Zlatan Ibrahimovic kembali daripada kecederaan, masuk daripada bangku simpanan ketika AC Milan menewaskan Torino 2-0 seterusnya mengekalkan kedudukan di persada Serie A.

Minggu lalu, juara bertahan Juventus menamatkan catatan 27 perlawanan tanpa kalah Milan dalam liga sejak Mac.

Namun gol Rafael Leao dan penalti Franck Kessie pada babak pertama memastikan AC Milan mara empat mata di depan Inter Milan yang akan berdepan pasukan tangga ketiga, Roma awal pagi esok.

Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic sudah dapat beraksi menentang Torino selepas mengalami kecederaan sebelum ini. - Foto EPA
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic sudah dapat beraksi menentang Torino selepas mengalami kecederaan sebelum ini. - Foto EPA

Ibrahimovic bermula di bangku simpanan selepas tidak beraksi sejak menjaringkan dua gol berdepan Napoli pada 22 November kerana kecederaan paha diikuti masalah pada betis.

"Kami ada program yang jelas, jika Ibrahimovic lulus ujian terakhir semalam, dia boleh memainkan peranan kecil," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

Pemain Sweden berusia 39 tahun itu yang meledak 10 gol dalam enam perlawanan liga sebelum cedera, menggantikan Leao berbaki lima minit permainan ketika tuan rumah mendominasi permainan.

"Perkara penting ialah dia sudah sembuh daripada masalah otot, kini kami perlu membantunya mencari semula prestasi selepas lama tidak bermain," kata Pioli. - AFP

Berita Harian X