Jumaat, 18 Disember 2020 | 7:38am
Pemain Aston Villa Jack Grealish (kiri) dikasari pemain Burnley Dwight McNeil ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park. - Foto AFP
Pemain Aston Villa Jack Grealish (kiri) dikasari pemain Burnley Dwight McNeil ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park. - Foto AFP

Burnley terlalu liat buat Villa

BIRMINGHAM, United Kingdom: Aston Villa mensia-siakan deretan peluang ketika diikat tanpa jaringan oleh Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Tuan rumah menguasai perlawanan walaupun tidak berada pada prestasi terbaik mereka tetapi gagal membolosi The Clarets, yang kini keluar dari zon penyingkiran.

Percubaan Anwar El Ghazi dan Kortney Hause terkena tiang manakala Matt Lowton menyelamatkan percubaan Ahmed Elmohamady di atas garisan gol.

Burnley kendalian Sean Dyche pula kini belum tewas dalam tiga perlawanan selepas mengharungi cabaran sukar menentang Everton, Arsenal dan Villa.

Villa yang dikendali Dean Smith kekal di tangga ke-11, empat mata di belakang tempat kelima selepas gagal memanfaatkan 27 percubaan berbanding enam oleh Burnley.

Bagaimanapun mereka bermain kurang dua perlawanan berbanding kebanyakan pasukan dalam kelompok 10 teratas. - AFP

Berita Harian X