Sabtu, 5 Disember 2020 | 10:54pm
Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol buat Everton dalam saingan Liga Perdana menentang Burnley. - EPA
Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol buat Everton dalam saingan Liga Perdana menentang Burnley. - EPA

Calvert-Lewin selamatkan Everton

BURNLEY, United Kingdom: Dominic Calvert-Lewin meledak jaringan ke-11 dalam Liga Perdana musim ini sebentar tadi untuk menyelamatkan mata ketika Everton seri 1-1 berdepan Burnley.

Everton menjadi pasukan dengan kejutan pada awal musim tetapi hilang rentak sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kalah empat daripada lima perlawanan terakhir mereka.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti ketinggalan di Turf Moor selepas jaringan pemain tengah Robbie Brady namun penyerang England, Calvert-Lewin menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama.

Namun kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan.

Everton kini berkedudukan ketujuh liga manakala Burnley kekal di kedudukan tiga terbawah.

James Rodriguez hampir meletakkan pelawat di depan pada awal babak kedua tetapi dinafikan penjaga gol Burnley, Nick Pope manakala penjaga gol England, Jordan Pickford menafikan cubaan Chris Wood selepas itu. - AFP

Berita Harian X