Sabtu, 28 November 2020 | 11:05am
Khabib Nurmagomedov akan mengadakan sidang media Rabu ini. - Foto AFP
Khabib Nurmagomedov akan mengadakan sidang media Rabu ini. - Foto AFP

Khabib jumpa media Rabu ini

MOSCOW: Khabib Nurmagomedov akan mengadakan sidang media Rabu ini sekali gus mencetus spekulasi yang dia akan kembali beraksi di gelanggang oktagon.

Juara lightweight dari Russia itu yang memegang rekod 29-0, mengumumkan persaraan selepas perlawanan terakhir bulan lalu di mana dia menewaskan Justin Gaethje di UFC 254.

Bintang MMA itu kemudian mengumumkan persaraannya kerana janji kepada ibunya yang dia tidak akan bertarung lagi selepas kematian bapanya, Abdulmanap yang dijangkiti COVID-19.

Bagaimanapun selepas itu masa depan Khabib masih mencetuskan tanda-tanya, malah Presiden UFC, Dana White menegaskan dia percaya sensasi Russia itu akan kembali beraksi di oktagon.

Pasukan Khabib mendedahkan bintang itu akan mengumumkan sesuatu Rabu ini di Moscow.

"Khabib akan mengadakan pertemuan dengan media pada 2 Disember di mana setiap orang boleh bertanya mengenai projek terbarunya yang akan diumumkan nanti," kata pasukan Khabib di Instagram. - AGENSI

Berita Harian X