Ahad, 22 November 2020 | 10:15pm
Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol kedua pasukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Stadium Craven Cottage, London, sebentar tadi. - Foto EPA
Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol kedua pasukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Stadium Craven Cottage, London, sebentar tadi. - Foto EPA

2 jaringan Calvert-Lewin bantu Everton atasi Fulham

LONDON: Everton meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Fulham 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Craven Cottage, sebentar tadi.

Everton berada di depan seawal minit pertama hasil jaringan Dominic Calvert-Lewin, namun kedudukan itu hanya bertahan 14 minit apabila Bobby Reid meledak gol penyamaan buat Fulham.

The Toffees bagaimanapun kembali di depan selepas Dominic menyumbang gol kedua pada minit ke-29, sebelum Abdoulaye Doucoure mengukuhkan kedudukan dengan meledak gol ketiga pada minit ke-35.

Fulham berjaya merapatkan jurang gol apabila Ruben Loftus-Cheek menjaringkan gol kedua pasukan itu pada minit ke-70, namun kedudukan 3-2 memihak Everton kekal hingga tamat permainan.

Kemenangan itu menyaksikan Everton mengumpul 16 mata selepas sembilan perlawanan manakala Fulham empat mata.

- AGENSI

Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin (tengah) menjaringkan gol kedua pasukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Stadium Craven Cottage, London, sebentar tadi. - Foto EPA

Berita Harian X