Khamis, 12 November 2020 | 9:04pm
Troy Deeney (kiri) dan Ronaldo. - Foto ihsan football addict.
Troy Deeney (kiri) dan Ronaldo. - Foto ihsan football addict.

Ronaldo diramal sertai Wolves pula

LONDON: Cristiano Ronaldo dijangka akan menyertai Wolverhampton Wanderers berdasarkan "pertalian Portugal", kata Troy Deeney.

Legenda Watford itu meramalkan pemain 35 tahun Juventus, Ronaldo akan kembali ke England selepas meninggalkan Manchester United 11 tahun lalu.

Namun kali ini dia tidak akan kembali ke Old Trafford, sebaliknya Deeney melihat Wolves sebagai destinasi seterusnya Ronaldo.

Menurut Deeney, kehadiran ramai pemain Portugal dalam skuad berkenaan, serta peranan ejennya Jorge Mendes, mampu merealisasikan perpindahan itu.

"Saya lihat lebih kepada kelab seperti Wolves, dengan pertalian Portugal. Ia mungkin menjadi kenyataan," kata Deeney.

Bintang Portugal yang membarisi skuad Wolves ketika ini antaranya Rui Patricio, Nelson Semedo, Ruben Neves, Joao Moutinho dan Daniel Podence, serta pengendalinya Nuno Espirito Santo. - AGENSI

Berita Harian X