Isnin, 9 November 2020 | 12:21pm
Kenderaan dinaiki Samuel Eto’o remuk selepas dilanggar sebuah bas di Cameroon. - Foto Agensi
Kenderaan dinaiki Samuel Eto’o remuk selepas dilanggar sebuah bas di Cameroon. - Foto Agensi
Samuel Eto’o. - Foto AFP
Samuel Eto’o. - Foto AFP

Eto'o kemalangan, cuma cedera ringan

YAOUNDE, Cameroon: Legenda Barcelona Samuel Eto'o dalam keadaan stabil di hospital selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Penyerang itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan di Cameroon apabila keretanya dilanggar sebuah bas pada pagi Ahad.

Eto'o, 39, cedera di kepala dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Bagaimanapun bekas pemain Chelsea itu semakin pulih dan dipantau rapi oleh doktor.

Wartawan Cameroon Martin Camus memuat naik gambar kereta Eto'o yang dilanggar ke media sosial dengan keterangan: "Kereta remuk yang dinaiki Samuel Eto'o.

"Saya boleh sahkan yang dia dalam keadaan baik. Doktor sedang melakukan pemantauan rapi," kata Camus.

Eto'o bersama Barcelona selama lima tahun sebelum berpindah ke Inter Milan pada tahun 2009.

Dia turut bersama Chelsea dan Everton dan mengumpul 118 kap untuk negaranya Cameroon.

Eto'o memenangi 11 kejuaraan besar sepanjang karier kelabnya termasuk tiga gelaran Liga Juara-Juara. - AGENSI

Berita Harian X