Jumaat, 6 November 2020 | 10:55am
Pengendali Barcelona, Ronald Koeman (kanan) bersalam dengan Lionel Messi sambil diperhatikan jurulatih Dynamo Kiev, Mircea Lucescu ketika aksi Liga Juara-Juara bagi Kumpulan G di Stadium Camp Nou, Barcelona pada Selasa lalu. Barcelona menang 2-1. - Foto AFP.

Barcelona terdesak bangkit jumpa Real Betis

MADRID: Barcelona menebus kekecewaan La Liga dengan keputusan positif Liga Juara-Juara, tetapi tekanan kembali dirasakan pengendalinya Ronald Koeman menjelang pertemuan dengan Real Betis, esok.

Skuad Catalan hanya mengutip lapan mata daripada enam perlawanan pertama La Liga musim ini, gagal memenangi sebarang perlawanan dalam empat kunjungan ke tempat lawan selepas terikat 1-1 di Alaves pada perlawanan terakhir.

Ia adalah permulaan terburuk mereka sejak musim 2002-03, kempen di mana Barca menamatkan saingan di tempat keenam, dan kini mereka sudah ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Real Sociedad.

Barca juga ketinggalan lapan mata di belakang juara bertahan, Real Madrid dan terdesak memerlukan kemenangan ke atas Betis kendalian Manuel Pellegrini dan kunjungan ke Atletico Madrid selepas itu.

"Semangat lebih baik, ada pemain-pemain baharu, pemain-pemain muda yang mengubah corak permainan kami," kata Gerard Pique selepas kemenangan 2-1 ke atas Dynamo Kiev Rabu lalu.

Kemunculan Ansu Fati yang baru berusia 18 tahun, dan Pedri menjanjikan masa depan cerah buat Barca.

- AFP

Penyerang muda Barcelona, Ansu Fati (kanan) bersaing dengan pemain Dinamo Kyiv, Viktor Tsygankov pada aksi perlawanan Kumpulan G di Nou Camp, kelmarin. - Foto EPA
Penyerang muda Barcelona, Ansu Fati (kanan) bersaing dengan pemain Dinamo Kyiv, Viktor Tsygankov pada aksi perlawanan Kumpulan G di Nou Camp, kelmarin. - Foto EPA

Berita Harian X