Khamis, 22 Oktober 2020 | 9:07pm
Mohamadou Sumareh (tengah) di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini sebelum berlepas ke Bangkok . - Foto BERNAMA
Mohamadou Sumareh (tengah) di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini sebelum berlepas ke Bangkok . - Foto BERNAMA

Media Thailand dedah gaji Sumareh

KUALA LUMPUR: Media Thailand mendedahkan gaji yang diterima pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh yang kini bersama kelab baharunya, Police Tero FC.

Siamsport melaporkan Sumareh menerima gaji sekitar 275,000 Baht (kira-kira RM36,000) sebulan.

Malah, jumlah itu disifatkan sebagai antara bayaran yang terendah bagi pemain import yang beraksi di Liga 1 Thai.

Justeru, media Thailand itu turut menyifatkan Police Tero sebagai pasukan yang bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmat Sumareh dengan bayaran yang tidak tinggi.

Sumareh yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan bekas pasukannya Pahang, menyertai kelab Thailand itu pada Ogos lalu.

Pemain kelahiran Gambia itu sudah menunjukkan taringnya apabila meledak satu gol pada penampilan pertama bersama Police Tero dalam aksi persahabatan, kelmarin.

Ketika dihubungi BH Sukan dia juga tampak gembira berada di Thailand dengan fokus utamanya kini mahu meneruskan aksi terbaik bersama Police Tero.

Berita Harian X