Sabtu, 10 Oktober 2020 | 12:24pm
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. - Foto GettyImage
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. - Foto GettyImage

Ibrahimovic bebas COVID-19

ROME: Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic dibenarkan menamatkan tempoh kuarantin dan boleh kembali beraksi selepas didapati negatif COVID-19, umum kelab Serie A itu, awal pagi tadi.

Milan menerusi kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan penyerang antarabangsa Sweden itu didapati negatif dalam dua ujian berturut-turut yang menjadi sebahagian daripada prosedur bagi menamatkan tempoh kuarantin.

"Anda sudah pulih!. Pihak berkuasa berkata tempoh kuarantin sudah tamat, anda boleh keluar!," tulis Ibrahimovic di laman media sosialnya.

Pengumuman itu hadir sehari selepas Milan berkata Ibrahimovic positif COVID-19 sekali gus mencetuskan persoalan sama ada dia boleh beraksi apabila bertemu seteru setempat, Inter Milan pada 17 Oktober.

Kali pertama Ibrahimovic didapati positif adalah pada 24 September lalu.

Pertembungan setempat itu masih mencetuskan keraguan selepas dua pemain Milan dan lima pemain Inter ketika ini menjalani proses kuarantin.

Ketiadaan Ibrahimovic menyaksikannya Milan tetap bermula baik apabila menduduki tempat kedua Serie A selepas mencatatkan kemenangan dalam kesemua tiga perlawanan liga. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X