Jumaat, 9 Oktober 2020 | 8:12am
Bintang Milan, Zlatan Ibrahimovic sekali lagi diuji positif COVID-19. - AFP
Bintang Milan, Zlatan Ibrahimovic sekali lagi diuji positif COVID-19. - AFP

Ibrahimovic sekali lagi positif COVID-19

ROME: Zlatan Ibrahimovic tampak akan terlepas saingan tetangga Milan bulan ini selepas kelabnya, AC Milan mengumumkan hari ini bahawa pemain Sweden itu sekali lagi diuji positif COVID-19.

Ibrahimovic, yang menjalani kuarantin dua minggu lalu ketika kali pertama diuji positif, mesti diuji negatif dua kali sebelum boleh kembali ke skuad Milan yang akan berdepan Inter di San Siro 17 Oktober ini.

Pertahanan Brazil, Leo Duarte, yang ujian terakhirnya negatif juga akan meneruskan kuarantin.

Pemain lain semuanya negatif kata kelab berkenaan.

Pencabar utama, Inter juga berdepan ancaman COVID-19 dengan kelab itu mengumumkan bahawa pemain tengah, Radja Nainggolan dan Roberto Gagliardini diuji positif.

Dua kes terbaharu itu hadir sehari selepas pertahanan Slovakia, Milan Skriniar dan pemain Itali bawah 21 tahun, Alessandro Bastoni juga positif selepas bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Ibrahimovic kali pertama diuji positif pada 24 September menyebabkan dia mengeluarkan kenyataam di Twitter: "Berani Covid mencabar saya. Idea yang buruk." - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X