Rabu, 7 Oktober 2020 | 7:25am
 Dominic Calvert-Lewin (tengah) bersama rakan sepasukan ketika beraksi bersama Everton dalam saingan EPL. - Foto ihsan The Times
Dominic Calvert-Lewin (tengah) bersama rakan sepasukan ketika beraksi bersama Everton dalam saingan EPL. - Foto ihsan The Times

Calvert-Lewin julang Ancelotti

LONDON: Dominic Calvert-Lewin menyatakan kehadiran Carlo Ancelotti di Everton sebagai faktor utama penonjolan prestasi hebatnya yang membolehkannya mendapat panggilan untuk mewakili England.

Pemain berusia 23 tahun itu sudah meledak sembilan gol musim ini termasuk dua hatrik tatkala skuad Toffees kini berada di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mara ke suku akhir Piala Liga Inggeris.

"Carlo jelas memberikan pengaruh positif terhadap saya," kata Calvert-Lewin.

"Memiliki pengurus yang pernah bekerja bersama pemain hebat, penyerang utama dan pernah bermain di posisi saya.

"Adalah sesuatu yang bagus untuk mengetahui apabila dia memberitahu saya maklumat, dia pernah melatih pemain seperti ini sebelumnya. Jadi adalah penting untuk mengikutinya.

"Dia membantu saya memperbaiki cara permainan dan memberitahu supaya saya fokus terhadap perkara lain dan menjadikan ia fokus utama. Dia memberitahu saya ada kemampuan untuk melakukannya, untuk menjadi pemain utama dan mengetuai serangan."

Bekas pengendali Milan, Real Madrid dan Chelsea itu mengetuai Everton Disember lalu dan menggalakkan Calvert-Lewin untuk menjadi seperti seorang bekas pemainnya, penyerang prolifik Itali, Filippo Inzaghi.

Digelar "dilahirkan ofsaid" oleh bekas bos Manchester United, Alex Ferguson, Inzaghi nyata amat tajam di depan gol apabila meledak lebih 200 gol buat Milan dan Juventus. - AFP

Berita Harian X