Isnin, 5 Oktober 2020 | 11:17pm
Pemain pertahanan Kedah, Muhamad Shakir Hamzah (dua dari kanan) dipeluk rakan sepasukan selepas meledak gol tunggal ketika menentang Melaka pada aksi CIMB Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - NSTP/Asyraf Hamzah

Kedah sebelah kaki ke Piala AFC

KUALA LUMPUR: Kedah sudah boleh dianggap berada sebelah kaki untuk ke Piala AFC tahun depan selepas menewaskan Melaka 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Aidil Sharin Sahak naik ke tangga kedua Liga Super selepas mengumpul 19 mata, sementara Melaka kekal dengan 11 mata.

Perhitungan merebut gelaran naib juara liga bagaimanapun akan ditentukan dalam aksi terakhir antara Kedah dan Perak di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu ini.

Pemain Kedah, Muhammad Faizat Mohamad Ghazali (kanan) cuba mengekang pemain Melaka, Ahmad Syamim Yahya (kiri) pada aksi CIMB Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - NSTP/Asyraf Hamzah

Skuad Helang Merah hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul naib juara Liga Super dan automatik layak ke Piala AFC musim depan.

Pada aksi sebentar tadi, jaringan tunggal Shakir Hamzah yang menanduk masuk bola sepak penjuru Tchetche Kipre pada minit ke-19 sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga buat Kedah.

Pemain Kedah, Kpah Sean Sherman (tengah) dihalang pemain Melaka pada aksi perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - NSTP/Asyraf Hamzah
Pemain Kedah, Kpah Sean Sherman (tengah) dihalang pemain Melaka pada aksi perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - NSTP/Asyraf Hamzah

Berita Harian X