Khamis, 3 September 2020 | 3:03pm

Norizam beli TRW RM6.8 juta

KOTA BHARU: Bola sepak jelas sukan yang merentasi sempadan apabila bukan anak jati, tetapi sebaliknya 'orang luar', Norizam Tukiman yang menjadi 'hero' untuk menyelamatkan masa depan dan bola sepak Kelantan.

Anak jati Johor yang lebih dikenali sebagai Zamsaham itu kini sah menjadi 'bos baharu' pasukan jaguh Pantai Timur itu selepas melabur RM6.8 juta untuk memiliki sepenuhnya saham dalam Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd.

Pakar pelaburan itu menegaskan tumpuan pertama akan diberikan kepada prestasi pemain dan infrastruktur dalam usaha mengembalikan keyakinan peminat bola sepak negeri ini.

"Saya akan fokuskan kepada isu pelesenan untuk pastikan kita selesaikan segala gaji pemain, kita bayar RM3 juta dan RM3.8 juta sehingga hujung tahun ini untuk KAFA selesaikan hutang.

"Indeks Prestasi Utama (KPI) yang saya letakkan adalah seri dianggap kalah dan kemenangan itu harus. Kita mahu pemain fokus dan jangan lagi fikir pasal masalah gaji, bermain dengan baik serta jangan hampakan peminat," katanya.

Norizam menyerahkan gaji kepada pemain Kelantan pada majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Kota Bharu. - NSTP/Nor Amalina Alias

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Hotel Perdana, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn Bhd yang turut dihadiri Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin dan Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah serta pemain TRW.

Pada majlis itu juga, Norizam turut menyerahkan bayaran gaji kepada jurulatih, pegawai dan pemain berjumlah RM370,000.

Norizam (empat dari kanan) bersama barisan pemain dan jawatankuasa KAFA pada Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Kota Bharu. - NSTP/Nor Amalina Alias
Norizam (empat dari kanan) bersama barisan pemain dan jawatankuasa KAFA pada Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Kota Bharu. - NSTP/Nor Amalina Alias
Norizam menyerahkan gaji kepada pemain Kelantan pada majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Kota Bharu. - NSTP/Nor Amalina Alias
Norizam menyerahkan gaji kepada pemain Kelantan pada majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Kota Bharu. - NSTP/Nor Amalina Alias
Berita Harian X