Ahad, 30 Ogos 2020 | 9:22am
AUBAMEYANG mengikat Piala Perisai Komuniti menggunakan tali pinggang keledar.
AUBAMEYANG mengikat Piala Perisai Komuniti menggunakan tali pinggang keledar.

'Tak jatuh lagi' - Aubameyang

LONDON: Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang mencetuskan jenaka selepas menjatuhkan Piala FA kini mengikat Piala Perisai Komuniti menggunakan tali pinggang keledar.

Penyerang Gabon itu membuatkan rakan sepasukan Arsenal ketawa apabila dia menjatuhkan trofi Piala FA selepas menjaringkan gol di Wembley ketika mengatasi Chelsea awal bulan ini.

Namun selepas menjaringkan penalti penentuan pada saingan Perisai Komuniti berdepan Liverpool, Aubameyang memastikan perkara berkenaan tidak lagi berulang.

Menerusi muat naik video di media sosial, kapten Gunners itu menunjukkan trofi berkenaan diikat dengan tali pinggang keledar di kerusi pada bas pasukan.

Gagal menahan ketawa, Aubameyang berkata: "Sangat penting, tali pinggang keledar. Ia sangat penting. Saya tidak akan menjatuhkannya!" - Agensi

Berita Harian X