PARIS: Manchester United menewaskan LASK 2-1 manakala Inter Milan mengatasi Getafe 2-0 dalam perlawanan yang disusun semula susulan pandemik COVID-19 untuk menjamin tempat di suku akhir Liga Europa, sebentar tadi.
United mempunyai kelebihan 5-0 daripada aksi timbal balik pertama yang berlangung pada Mac dan dijadual bertemu Copenhagen yang menikmati kemenangan manis 3-0 ke atas Istanbul Basaksehir.
Inter Milan yang dikendali Antonio Conte dijadual bertemu sama ada pasukan anak buah Steven Gerrad, Rangers ataupun Bayer Leverkusen yang mempunyai kelebihan 3-1 sebelum perlawanan timbal balik kedua, esok.
Romelu Lukaku dan Christian Eriksen masing-masing menjaringkan gol buat kelab dari Itali itu.
"Ia satu perlawanan yang sukar menentang sebuah pasukan yang bermain secara agresif tetapi kami dapat bermain dengan baik, pertahanan melakukan tugas dengan baik. Saya gembira kerana dapat menjaringkan gol buat pasukan," kata Lukaku.
"Christian juga menjaringkan gol penting buat pasukan dan kami perlu meneruskannya seperti ini."
Selain itu, juara 2009, Shakhtar Donetsk menempah slot lapan terakhir selepas mengatasi Wolfsburg 3-0 dan dijadual bertemu sama ada Basel ataupun Eintracht Frankfurt.
Esok, Rangers dijadual berkunjung ke Leverkusen, Wolves melayan kunjungan Olympiakos manakala Sevilla bertemu Roma di Duisburg. - AFP