Jumaat, 31 Julai 2020 | 10:10am
Carlos Tevez (berjeket biru) menafikan bahawa dia melanggar peraturan penjarakann sosial setelahbergambar dengan kumpulan besar di padang bola di rumahnya.- Foto mediasosial
Carlos Tevez (berjeket biru) menafikan bahawa dia melanggar peraturan penjarakann sosial setelahbergambar dengan kumpulan besar di padang bola di rumahnya.- Foto mediasosial

Tevez berang dilabel "Covidiot"

BUENOS AIRES: Carlos Tevez berang selepas dilabel sebagai "Covidiot" kerana melanggar penjarakan sosial.

Bekas penyerang Manchester United, Manchester City dan West Ham itu kini beraksi untuk gergasi Buenos Aires Boca Juniors.

Baru-baru ini muncul gambar Tevez bersama sekumpulan lelaki, kanak-kanak dan seekor anjing di atas padang bola berhampiran rumahnya.

Peraturan penjarakan sosial dan larangan bermain acara sukan di Argentina masih berkuat kuasa di Argentina.

Bagaimanapun Tevez dan kumpulannya itu dilihat tidak mematuhi peraturan dengan masing-masing juga tidak memakai pelitup muka.

Pemain 36 tahun itu dikritik di media sosial, dengan pihak polis turut membawa waran tangkap ke rumahnya di Maipu.

"Saya dikuarantin di sini, tetapi setiap masa ada orang menghampiri saya.

"Saya ke gereja bersama keluarga pada Ahad dan ada jiran-jiran bersama anak mereka meminta untuk bergambar. Saya bergambar dan kemudian mereka pergi.

"Saya berada di halaman saya, jadi saya tidak memakai pelitup. Ayah kanak-kanak itu mendakwa saya bermain bola dengan mereka, itu tidak benar.

"Ia hanyalah gambar yang mengambil masa dua saat. Hari berikutnya kereta polis datang ke rumah saya dengan waran.

"Saya beritahu mereka ia tidak masuk akal. Ia adalah waran kerana melanggar kuarantin.

"Kenapa mereka tidak telefon saja dan tanya apa yang terjadi?

"Saya belum bermain bola dengan sesiapa. Ia satu penipuan," kata Tevez. - AGENSI

Berita Harian X