Khamis, 16 Julai 2020 | 7:39pm
Wan Ahmad Kuzri mula menjalani latihan bersama skuad B-19 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini selepas selesai menamatkan sesi kuarantin selama dua minggu sebaik tiba dari AS.

Pengalaman di AS jadi taruhan Wan Ahmad Kuzri

KELANA JAYA: Pengalaman beraksi di Amerika Syarikat (AS) menjadi taruhan buat Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal untuk bersaing memikat hati pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Brad Maloney.

Pemain tengah berusia 18 tahun itu meluahkan keyakinan betapa dia boleh menyesuaikan diri bersama skuad muda Harimau Malaya walaupun kali pertama menyertai latihan, hari ini.

"Saya tidak tahu banyak perkara mengenai pasukan ini, saya datang ke sini dengan fikiran terbuka. Saya fikir bola sepak adalah universal, jadi saya perlu berlatih di sini sama seperti di AS.

"(Permainan) di AS lebih kepada fizikal. Saya fikir saya kuat dan harap ia (pengalaman di AS) dapat membantu saya. Saya mahu membantu pasukan dan sudah tentu harapan tinggi diletakkan semua pihak.

"Saya dan abang (Wan Kuzain) pemain yang berbeza. Tapi dia ada katakan kepada saya supaya ambil peluang ini untuk memberikan sesuatu kepada pasukan dan beraksi dengan baik," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Wan Ahmad Kuzri berlatih buat kali pertama bersama skuad B-19, selepas menjalani kuarantin selama dua minggu.

Sementara itu, Maloney menjelaskan barisan kejurulatihan tidak akan mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi daripada Wan Kuzri buat masa ini kerana sedar pemain itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

"Dia pemain muda dan saya yakin dia boleh uruskan diri dia. Saya tidak harapkan sesuatu yang terlalu tinggi dari dia, kerana dia pun tidak menyentuh bola lebih dua minggu.

"Tapi sudah pasti kami akan pantau dia terutama dari segi kecergasan dan kami akan bagi dia masa. Kami harap dia boleh tunjukkan bakatnya," katanya.

Berita Harian X