Isnin, 6 Julai 2020 | 11:45pm
PEMAIN Fiorentina, Franck Ribery.
PEMAIN Fiorentina, Franck Ribery.

Rumah Ribery dimasuki pencuri

ROME: Masa depan Franck Ribery di Serie A mula menimbulkan tanda tanya selepas rumah pemain Fiorentina itu dipecah masuk.

Ribery memuat naik gambar situasi yang dihadapinya ketika pulang ke rumah di Florence selepas kelabnya menang di Parma.

"Saya pulang ke rumah, 'rumah' ini di Itali di mana saya memutuskan untuk meneruskan karier selepas tahun-tahun yang gemilang di (Bayern) Munich, dan ini apa yang saya hadapi," kata pemain 37 tahun itu di laman Twitter.

Ribery melaporkan isterinya kehilangan barang kemas dan beg tangan, tetapi kesan paling utama adalah "terkejut, perasan ditelanjangkan, seperti seluar dilondehkan, dan saya tidak dapat menerimanya".

Selepas karier gemilang dengan juara Bundesliga, Ribery menyertai FIorentina tahun lalu.

Kini masa depannya di Itali semakin kabur selepas insiden yang mampu mengancam nyawa dan keluarganya.

"Mujur isteri dan anak-anak saya berada di Munich tetapi bagaimana anda boleh rasa selamat akhir-akhir ini?

"Bagaimanana saya boleh rasa tenang selepas hari ini? Saya bukan kejar jutaan ringgit... tetapi saya hanya mengejar bola kerana itu minat saya.

"Tetapi keluarga lebih penting daripada minat saya, dan kami akan mengambil keputusan yang wajar berdasarkan situasi kami," katanya. - AFP

Berita Harian X