Ahad, 7 Jun 2020 | 8:23pm
Mahrez bergambar dengan jam tangan mewahnya.
Mahrez bergambar dengan jam tangan mewahnya.

Polis tahan suspek rompak Mahrez

LONDON: Polis Manchester menahan seorang lelaki susulan rompakan bernilai 500,000 pound (RM2.7 juta) di kediaman bintang Manchester City, Riyad Mahrez.

Pada minggu lalu, akhbar tempatan di sini melaporkan, tiga jam tangan mewah bernilai 300,000 pound (RM1.6 juta) dirompak.

Pihak polis berkata, seorang suspek berusia 28 tahun ditahan kerana disyaki berkonspirasi dalam kes rompakan berkenaan namun kemudian dibebaskan.

Mahrez, 29, mendakwa satu kumpulan mengekori dan menyerangnya selepas dia meninggalkan kediamannya.

Difahamkan, imej mereka berjaya dirakam CCTV di sekitar bangunan perumahan namun pemain Algeria itu tidak dapat mengecam kesemua yang disyaki.

Dia hilang jam jenama Mille bernilai 230,000 pound (RM1.2 juta), Rolex Daytona, 40,000 pound (RM216,225) dan Rolex Day-Date, 35,000 pound (RM189,197).

Jiran tetangga kawasan perumahan dimaklumkan mengenai kes kecurian yang berlaku pada 23 April itu pada keesokan harinya.

Polis Manchester mengesahkan mereka sudah melakukan tangkapan dan melepaskan suspek berusia 28 tahun itu. - Agensi

Berita Harian X