Sabtu, 23 Mei 2020 | 7:23am
PEMAIN pinjaman Bayern Munich, Philippe Coutinho.
PEMAIN pinjaman Bayern Munich, Philippe Coutinho.

Bayern enggan belanja RM570.59 juta beli Coutinho

MUNICH: Bayern Munich tidak akan mengaktifkan pilihan 120 juta euro (RM570.59 juta) untuk membeli bintang Brazil yang kini dipinjamkan ke kelab berkenaan, Philippe Coutinho dari Barcelona, kata pengerusi juara Jerman itu, Karl-Heinz Rummenigge kepada majalah Der Spiegel, semalam.

Pilihan itu sudah tamat dan "kami tidak mengaktifkannya," kata Rummenigge.

"Kini kami akan merancang skuad secara dalaman (untuk musim depan) dan kami akan melihat sama ada dia masih ada peranan bersama kami atau tidak."

Coutinho menyertai Bayern Ogos lalu tetapi gagal menyerlah secara konsisten.

Dia tampil dalam 23 daripada 25 saingan sebelum liga terganggu pada Mac kerana COVID-19 tetapi hanya memulakan permainan sebanyak 15 kali.

Coutinho, yang meledak lapan gol dan mencipta enam bantuan gol, tidak bermain hujung minggu lalu kerana menjalani pembedahan pergelangan kaki pada April.

Rummenigge juga berkata ada kekangan dalam pasaran perpindahan sejak berlakunya pandemik berkenaan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X