Jumaat, 15 Mei 2020 | 11:05am
Dele Alli. - Foto AFP
Dele Alli. - Foto AFP

Sukar jual jam tangan Alli

LONDON: Rakan Dele Alli dalam Liga Perdana merangka pelan supaya jam tangan pemain itu yang dicuri tidak boleh dijual kembali.

Tiga jam tangan mahal bernilai sekurang-kurangnya £350,000 pound (RM1.856 juta) diambil dalam kejadian di rumah pemain England itu yang didedahkan Sun, semalam.

Dele, 24, sudah mengeluarkan perincian teliti jenama dan model jam berkenaan.

Rakan pemain itu berkata mereka akan memaklumkan semua pengedar jam tangan mereka, dan memberitahu jika mereka mengenali orang yang menawarkan sesuatu yang meragukan.

Seorang sumber berkata: "Perompak itu mungkin akan memikirkan mereka mendapat untung mencuri jam seperti itu, tapi mereka akan berdepan masalah sebenar untuk menjualnya.

"Pemain bola sepak menggunakan khidmat ramai pengedar dan tiada siapa akan mahukan jam curi kerana mereka sedar ia akan mendatangkan banyak masalah selepas itu.

"Bukanlah sesuatu yang asing buat polis di Dubai dan Itali yang meminta pengesahan untuk jam apabila penumpang melalui pemeriksaan keselamatan.

"Dele banyak hubungan menerusi skuad England dan mengenali pemain di Manchester, Newcastle, Liverpool dan London tempat semua pengedar utama beroperasi.

"Pengedar ini tahu jika mereka membeli sebarang jam yang mungkin milik Dele, mereka tidak akan menjualnya kepada pemain bola sepak lain."

Harga jam berkenaan ialah £150,000 pound (RM795,778) untuk Richard Mille 11-03; £150,000 pound (RM795,778) buat Patek Philippe 5980 Nautilus dan £50,000 pound (RM265,259) untuk Audemars Piguet Royal Oak chrono.

Berita Harian X