Rabu, 29 Januari 2020 | 8:43am
PEMAIN AC Milan, Hakan Calhanoglu menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Torino pada aksi Piala Itali di Stadium San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP
PEMAIN AC Milan, Hakan Calhanoglu menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Torino pada aksi Piala Itali di Stadium San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP

Milan singkirkan Torino, bakal jumpa Juventus

MILAN: AC Milan akan berdepan Juventus pada separuh akhir Piala Itali selepas menewaskan Torino 4-2 dalam saingan sengit awal pagi tadi dan meneruskan kebangkitan selepas kehadiran Zlatan Ibrahimovic.

Jaringan masa tambahan pemain gantian Hakan Calhanoglu dan Ibrahimovic memberikan laluan ke kelompok empat terakhir buat Milan yang berada dalam prestasi baik selepas kembalinya pemain Sweden itu bulan lalu.

Mereka akan bertemu juara Itali itu yang menewaskan Roma 3-0 pada suku akhir minggu lalu.

PEMAIN AC Milan, Zlatan Ibrahimovic beraksi dalam perlawanan menentang Torino pada aksi Piala Itali di Stadium San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP
PEMAIN AC Milan, Zlatan Ibrahimovic beraksi dalam perlawanan menentang Torino pada aksi Piala Itali di Stadium San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP

Jaringan kedua bintang penyerang itu sejak kembali ke Milan hadir ketika kelab berkenaan memberi penghormatan kepada peminat Milan, Kobe Bryant – yang menghabiskan banyak masa kecilnya di Itali – dengan mesej “Legenda tidak pernah mati” di skrin gergasi San Siro.

Milan, yang masih berkedudukan kelapan Serie A, kini menang lima perlawanan dalam semua kejohanan dan tidak tewas dalam enam perlawanan sejak berakhir rehat musim sejuk.

Calhanoglu menyelamatkan Milan selepas dimasukkan dari bangku simpanan apabila sepakannya membias dan masuk ke gawang pada masa sebenar permainan dan membawa kepada tambahan masa selepas penjaga gol Torino, Salvatore Sirigu berjaya mempertahankan gawangnya. - AFP

PEMAIN AC Milan, Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Torino pada aksi Piala Itali di Stadium San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP
PEMAIN AC Milan, Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Torino pada aksi Piala Itali di Stadium San Siro, awal pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X