Jumaat, 3 Januari 2020 | 8:33pm
Pemain Liverpool, Jordan Henderson (tengah) cuba menghalang pemain Sheffield United, Oliver Norwood pada perlawanan Liga Perdana Inggeris. - Foto Reuters
Pemain Liverpool, Jordan Henderson (tengah) cuba menghalang pemain Sheffield United, Oliver Norwood pada perlawanan Liga Perdana Inggeris. - Foto Reuters

Fellaini, Zabaleta 'samseng' Liga Perdana Inggeris

LONDON: Berikut adalah senarai watak-watak wira dan samseng Liga Perdana Inggeris sepanjang sedekad lalu (2010 hingga 2019) – dan ada beberapa nama di luar jangkaan.

1.PENAMPILAN TERBANYAK

Jordan Henderson mendahului senarai, mengatasi rakan sepasukan Liverpool James Milner dengan hanya satu perlawanan. Penjaga gol Ben Foster, bersama Watford sejak tahun 2018, ketiga dalam senarai.

2.PENJARING TERBANYAK (PEMAIN)

Sergio Aguero adalah penjaring terbanyak Liga Perdana sepanjang 10 tahun lalu. Penyerang Manchester City itu meledak 174 gol yang turut mengatasi rekod dua dekad sebelumnya – Thiery Henry (169 gol) dan Alan Shearer (167).

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero. - Foto eurosport.uk
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero. - Foto eurosport.uk

Aguero juga menemui sasaran dalam 124 perlawanan – 30 melebihi mana-mana pemain.

3.GOL TERBANYAK (KELAB)

Man City mengumpul 845 gol dekad ini dan mengutip mata paling tinggi dengan 818. Chelsea dan Liverpool di tempat kedua dengan 715 gol manakala Man Utd keempat pada 688.

4.GOL SENDIRI TERBANYAK

Jaringan ke gawang sendiri paling banyak menjadi milik bekas bintang Liverpool Martin Skrtel – yang menyaksikan kontraknya bersama Atalanta dibatalkan hanya selepas tiga minggu.

Bekas bintang Liverpool Martin Skrtel. - Foto Getty Image
Bekas bintang Liverpool Martin Skrtel. - Foto Getty Image

Daripada 382 gol sendiri, Skrtel menyumbang tujuh daripadanya, dua melebihi mana-mana pemain.

5.PERCUBAAN TEPAT TERBANYAK

Jika anda menjaringkan gol sudah pasti ia menyumbang kepada percubaan tepat. Aguero, yang merekodkan 396 percubaan tepat, mengatasi Harry Kane di tangga kedua dengan 60 percubaan.

Romelu Lukaku ketiga pada 316 percubaan.

6.UMPANAN GOL TERBANYAK

David Silva mencatat jumlah umpanan gol tertinggi Liga Perdana dengan 89 umpanan untuk Manchester City. Bintang Spurs Christian Eriksen kedua pada 62 dan rakan sepasukan Silva, Kevin De Bruyne ketiga dengan 58 umpanan – walaupun dia hanya tampil sebanyak tiga kali dalam saingan Liga Perdana sebelum berpindah ke Etihad pada tahun 2015.

Pemain Mancester City, David Silva. - Foto thesefootballtimes.co
Pemain Mancester City, David Silva. - Foto thesefootballtimes.co

7.KAD TERBANYAK

Gareth Barry mendahului senarai penampilan terbanyak sepanjang zaman (653) dan layang kad tertinggi – 64 kad kuninga dan tiga kad merah untuk keseluruhan 67 kad.

Zabaleta (63), Mark Noble dan Lee Cattermole (61) manakala Vincent Kompany (54).

8.HANTARAN TEPAT TERBANYAK

City mendahului senarai hantaran disempurnakan dengan Silva (15,730) dan Yaya Toure (13,995) mengisi dua tangga teratas. Henderson ketiga dengan 13,828 hantaran.

Silva turut menyertai senarai dengan angka 18,059.

9.KEKASARAN TERBANYAK

Pemain Manchester United, Marouane Felaini. - Foto Getty Image
Pemain Manchester United, Marouane Felaini. - Foto Getty Image

Calon paling layak pastinya Marouane Fellaini. Pemain yang mengumpul 423 kekasaran sepanjang sedekad. 

10.PALING KERAP DIKASARI

Bekas pemain lincah Chelsea Eden Hazard muncul pemain paling kerap dikasari dengan 638 kekasaran dilakukan ke atasnya. Wilfried Zaha di tangga kedua (515) dan Raheem Sterling ketiga (446).

11.TERJAHAN TERBANYAK

Pemain West Ham, Pablo Zabaleta. - Foto Getty Image
Pemain West Ham, Pablo Zabaleta. - Foto Getty Image

Bekas pemain Man City yang kini bersama West Ham, Pablo Zabaleta mendahului senarai ini. Pemain 34 tahun itu, yang bersama Liga Perdana sejak menyertai City pada tahun 2008, melakukan keseluruhan 799 terjahan.

12.REKOD TANPA BOLOS

Legenda Chelsea Petr Cech mengumpul rekod bersih paling banyak dengan 107 perlawanan, dua mengatasi bekas penjaga gol nombor satu England Joe Hart.

David De Gea di gawang United menamatkan dekad lalu dengan 103 perlawanan bersih dan Hugo Lloris keempat dengan 87.

Penjaga gol, Chelsea, Petr Cech. - Foto skysports.com
Penjaga gol, Chelsea, Petr Cech. - Foto skysports.com

Berita Harian X