Jumaat, 27 Disember 2019 | 8:23am
PEMAIN Manchester United, Anthony Martial menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Manchester United, Anthony Martial menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi. - Foto Reuters
REAKSI Ole Gunnar Solskjaer ketika perlawanan menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi. - Foto Reuters
REAKSI Ole Gunnar Solskjaer ketika perlawanan menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi. - Foto Reuters

Solskjaer tuntut United terus konsisten

MANCHESTER: Kemenangan besar Manchester United 4-1 ke atas Newcastle United dalam saingan Liga Perdana pagi tadi dibayangi kecederaan pemain tengahnya, Scott McTominay yang memaksanya berehat panjang.

"Ligamen lututnya mungkin cedera,” kata Ole Gunnar Solskjaer sejurus menang perlawanan itu sekali gus meletakkan United ke landasan tepat untuk kembali merebut tempat bersaing di Liga Juara-Juara.

"Saya tidak tahu berapa serius kecederaan itu. Kami akan tahu tahap kecederaanya esok.”

Dua gol Anthony Martial disusuli jaringan Mason Greenwood dan Marcus Rashford membolehkan United bangkit selepas Matty Longstaff meletakkan Newcastle di depan.

United kini mendaki ke tangga ketujuh dan hanya ketinggalan empat mata di belakang Chelsea yang kalah lima daripada tujuh saingan liga.

United akan berentap dengan Burnley esok dan Solskjaer dijangka menggandingkan Greenwood, Martial dan Rashford sebagai penggempur sekali lagi.

PEMAIN Manchester United, Mason Greenwood diasak pemain Newcastle United, Sean Longstaff pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Manchester United, Mason Greenwood diasak pemain Newcastle United, Sean Longstaff pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi. - Foto Reuters

Gol Greenwood yang berusia 18 tahun itu nyata memukau apabila sepakan kaki kiri dari karak 25 meter menembusi gawang Newcastle.

"Mason (Greeenwood) penyerang hebat,” kata Solskjaer.

"Cara dia merembat bola itu sangat menyeronokkan dan dia sungguh memukau.

"Tiga pemain ini amat membantu seperti dilakukannya hari ini.

“Pemain muda ini tidak putus asa dan kami harap ini akan berterusan sehingga penghujungnya.”

Paul Pogba, yang menggantikan McTominay, juga memberi khabar gembira buat Solskjaer selepas kelihatan pulih dari kecederaan panjang.

"Ia masih awal untuknya, dia tersisih lama tapi dia cepat menyesuaikan diri di padang. Dia akan beransur pulih dan kembali cergas.”

United akan bertemu Burnley esok disusuli menentang Arsenal pada tahun baru dan anak buah Solskjaer berpeluang menekan pasukan di atas mereka andainya terus memberi persembahan konsisten seperti diserlahkan pagi tadi. – Reuters

PEMAIN Manchester United, Marcus Rashford beraksi dalam perlawanan menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Manchester United, Marcus Rashford beraksi dalam perlawanan menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X