Jumaat, 27 Disember 2019 | 7:28am
PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino (tengah) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino (tengah) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters

Liverpool menang selesa di King Power

LONDON: Liverpool kini mendahului 13 mata di puncak liga selepas membelasah pesaing terdekatnya, Leicester City 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power sebentar tadi dengan Roberto Firmino meledak dua jaringan.

Langkah pertama Carlo Ancelotti pula bertuah apabila Everton menang 1-0 ke atas Burnley namun malang buat pengurus baru Arsenal, Mikel Arteta yang sekadar seri 1-1 dengan Bournemouth.

Chelsea turut malang apabila dikejutkan 2-0 di gelanggang sendiri di tangan Southampton.

Harry Kane dan Dele Alli pula memacu kebangkitan Tottenham Hotspur menewaskan Brighton & Hove Albion 2-1.

Manchester United cemerlang apabila mengatasi Newcastle United 4-1 dengan Anthony Martial meledak dua gol.

PEMAIN Liverpool, James Milner meraikan jaringan bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Liverpool, James Milner meraikan jaringan bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters

Liverpool yang berdepan tugas getir sekembali dari Qatar mencipta kejayaan selesa di Stadium King Power sekali gus mendekatkan kejayaan menamatkan kemarau gelaran dalam tempoh 30 tahun.

Liverpool mendahului lawan pada minit ke-31 apabila Roberto Firmino meledak gol pertama.

James Milner yang dimasukkan dari bangku simpanan menyempurnakan penalti untuk mendahului 2-0 pada minit ke-71.

Firmino kemudian menjaringkan gol ketiga sebelum Alexander-Arnold sekali lagi meledak gawang lawan pada minit ke-78 hasil umpanan Sadio Mane.

Liverpool kini mengutip 52 mata daripada 18 perlawanan manakala Leicester di tangga kedua dengan 39 mata daripada 19 perlawanan.

Juara bertahan, Manchester City ketinggalan 14 mata di belakang Liverpool dan bakal bertemu Wolves, Ahad ini. – Reuters

PEMAIN Liverpool, Alexander-Arnold diasak pemain Leicester City, Jamie Vardy pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Liverpool, Alexander-Arnold diasak pemain Leicester City, Jamie Vardy pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X