Rabu, 18 Disember 2019 | 8:03am
BEKAS penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy. - Foto Reuters
BEKAS penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy. - Foto Reuters

Van Nistelrooy sertai kem Belanda

AMSTERDAM: Bekas penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy akan menyertai Euro 2020 selepas jurulatih Belanda, Ronald Koeman menambah dua lagi pembantu dalam staf pengurusannya bagi kejohanan berkenaan.

Van Nistelrooy yang pernah menyarung jersi Real Madrid dan ketika ini berusia 43 tahun disenaraikan dalam kem Belanda bersama jurulatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19), Maarten Stekelenburg bagi menggantikan Kees van Wonderen yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

“Ia adalah peluang yang hebat untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan dan saya mengambil cabaran ini dengan kedua-dua belah tangan, memberikan segala-gala yang saya mampu bagi memastikan kejayaan di Kejuaraan Eropah (Euro),” kata Van Nistelrooy menerusi satu kenyataan.

Van Nistelrooy yang ketika ini bertugas sebagai jurulatih skuad B-19 PSV Eindhoven dan memiliki 70 penampilan bersama skuad kebangsaan turut mempunyai pengalaman sebagai staf pengurusan skuad kebangsaan.

Dia sebelum ini pernah menjadi pembantu jurulatih kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan, Guus Hiddink dan Danny Blind.

Di Euro 2004, Van Nistelrooy meledak tiga gol dalam aksi peringkat kumpulan yang menyaksikan Belanda mara ke separuh akhir. Dia juga meledak gol pada edisi 2008 yang menyaksikan Belanda melangkah ke suku akhir. - Reuters

Berita Harian X