Rabu, 4 Disember 2019 | 12:53pm

Copa America 2020: Argentina, Chile bertembung awal

BUENOS AIRES: Argentina akan berdepan Chile dalam aksi pembukaan Kejohanan Copa America 2020 di Stadium El Monumental di sini pada 12 Jun tahun depan.

Pada undian semalam, kedua-dua negara tetangga itu diundi dalam satu kumpulan pada kejohanan yang akan berlangsung di Argentina dan Colombia.

Australia yang diundang pertama kali bertanding di Copa America turut diundi dalam Kumpulan A bersama Argentina, Bolivia, Uruguay, Chile dan Paraguay.

Qatar pula diundi dalam Kumpulan B bersama Colombia, Brazil, Venezuela, Ecuador dan Peru.

Brazil adalah juara bertahan dan empat negara teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir.

Kejohanan hampir sebulan itu akan bermula pada awal Jun 2020. – Agensi

Kumpulan A: Argentina, Australia, Bolivia, Uruguay, Chile, Paraguay.

Kumpulan B: Colombia, Brazil, Qatar, Venezuela, Ecuador, Peru.

Berita Harian X