Jumaat, 8 November 2019 | 9:23pm
Bintang Liverpool, Mohamed Salah memberi amaran kepada pasukannya supaya tidak terlalu mendabik dada walaupun sedang mendahului perebutan bagi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Salah beri amaran kepada Liverpool

LONDON: Bintang Liverpool, Mohamed Salah memberi amaran kepada pasukannya supaya tidak terlalu mendabik dada walaupun sedang mendahului perebutan bagi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan ke atas Manchester City, tengah malam Isnin ini akan menyaksikan mereka membuka jurang kepada sembilan mata di persada liga.

Namun, Salah tampak tidak mahu begitu yakin dengan jurang sebesar itu apatah lagi selepas anak buah Pep Guardiola bangkit pada musim lalu untuk memenangi trofi EPL.

"Mereka bercakap mengenai perebutan juara pada tahun lalu ketika kami mendahului enam atau tujuh mata dan menyatakan ia sudah tamat," kata Salah.

"Ia belum berakhir kerana ia hanya tiga perlawanan (jurang sembilan mata). Jika anda berdepan kejatuhan prestasi, anda akan berada dalam masalah semula.

"Walaupun kami menang namun perjalanan masih jauh. Baru sahaja November dan masih terlalu awal untuk berbicara mengenai gelaran EPL," katanya. - Agensi

Berita Harian X