Khamis, 7 November 2019 | 9:50am

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

bursa7nov --- Bisnes//Pasaran

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dalam sesi awal dagangan hari ini berikutan aktiviti pengambilan untuk menyusuli prestasi kukuh awal minggu ini.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1.22 mata lebih rendah kepada 1,602.03 berbanding penutup Rabu iaitu 1,603.25.

Bagaimanapun, pada pembukaan, indeks utama itu dibuka 1.60 mata lebih tinggi pada 1,604.85.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 111 berbanding 90 manakala 1,041 kaunter tidak berubah, 742 tidak didagangkan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 699.71 juta saham dengan nilai RM240.78 juta. -BERNAMA

Berita Harian X