Rabu, 6 November 2019 | 7:23am
Pemain Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain mengawal bola dari pemain KRC Genk, Sander Berge pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Pemain Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain mengawal bola dari pemain KRC Genk, Sander Berge pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Gol Oxlade-Chamberlain beri kemenangan buat Liverpool

LIVERPOOL: Liverpool semakin hampir layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara awal pagi tadi selepas jaringan Alex Oxlade-Chamberlain memberikan mereka kemenangan 2-1 mengatasi Genk seterusnya berada di tangga teratas Kumpulan E.

Oxlade-Chamberlain meledak jaringan kemenangan tujuh minit selepas rehat yang meletakkan juara Eropah itu di depan selepas tandukan deras pemain Genk, Mbwana Samatta menyamakan jaringan pembukaan Georginio Wijnaldum.

Bagaimanapun ia tidak begitu selesa seperti kemenangan 4-1 di Belgium sebelum ini kerana penyudah kurang berkesan yang membenarkan Genk, yang sudah tersingkir kembali mendapat rentak pada penamat.

Penjaga gol KRC Genk, Gaetan Coucke melompat sambil menumbuk bola dari memasuki gawangnya ketika menentang Liverpool pada perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penjaga gol KRC Genk, Gaetan Coucke melompat sambil menumbuk bola dari memasuki gawangnya ketika menentang Liverpool pada perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AFP

“Kami tidak menyudahkan situasi seperti yang kami patut lakukan. Kami sudah memiliki peluang besar yang biasanya akan kami gunakan tetapi kali ini tidak. Itu yang membuatkan permainan terbuka,” kata jurulatih Jurgen Klopp kepada BT Sport.

“Jika anda hanya menjaringkan satu gol, dan mereka satu gol, ia bermakna banyak usaha dilakukan. Perlawanan baharu bermula pada babak kedua, agak bagus ... Tetapi perancangannya ialah menang perlawanan dan kami lakukannya, jadi tugas selesai.”

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Klopp satu mata di depan Napoli, yang hanya seri 1-1 berdepan pasukan tangga ketiga Salzburg, menjelang pertemuan antara kedua-duanya di Anfield bulan ini.

Liverpool juga lima mata di depan pasukan Austria itu dan akan layak berbaki satu perlawanan jika mereka mengetepikan skuad kendalian Carlo Ancelotti. - AFP

Soccer Football - Champions League - Group E - Liverpool v KRC Genk - Anfield, Liverpool, Britain - November 5, 2019 Liverpool's Mohamed Salah in action REUTERS/Andrew Yates
Soccer Football - Champions League - Group E - Liverpool v KRC Genk - Anfield, Liverpool, Britain - November 5, 2019 Liverpool's Mohamed Salah in action REUTERS/Andrew Yates

Berita Harian X