Sabtu, 2 November 2019 | 9:58pm

Piala Malaysia milik JDT

KUALA LUMPUR: Aksi final yang berat sebelah! Itu gambaran yang boleh diberikan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Ia susulan prestasi skuad Helang Merah yang seakan bukan tandingan buat Harimau Selatan selepas tewas mudah 3-0.

Namun, ini bukan kekalahan terbesar yang berlaku di pentas final Piala Malaysia dengan Kedah pernah menewaskan Perak 3-0 pada 2007 dan Singapura pernah meraih kemenangan 4-0 ke atas Pahang pada 1994.

PEMAIN JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara pasukan Kedah dan JDT di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Turun tanpa dua tonggak pertahanan, Renan Alves dan Rizal Ghazali, Kedah terus menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat Azmeer Yusof yang terpaksa dikeluarkan hanya selepas 16 minit permainan akibat kecederaan.

Faktor itu mungkin menjadi antara punca benteng Kedah tampak mudah ditembusi jentera serangan JDT yang membuka tirai jaringan menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-27.

Selain kelonggaran di bahagian pertahanan, anak buah Aidil Sharin Sahak juga dilihat buntu untuk mengatur serangan yang menyaksikan tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan pada terutama di babak pertama.

PEMAIN JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara pasukan Kedah dan JDT di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
PEMAIN JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara pasukan Kedah dan JDT di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Sebaliknya, JDT yang jelas menguasai permainan berjaya mengukuhkan kedudukan selepas sepakan percuma Safawi Rasid gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-35.

Kealpaan benteng pertahanan Kedah terus dihukum pada minit ke-58 menerusi jaringan Syafiq Ahmad untuk meletakkan JDT mendahului 3-0, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya Harimau Selatan.

Ia adalah kejuaraan Piala Malaysia kedua yang dimenangi JDT selepas turut menewaskan Kedah 2-0 di pentas final, dua tahun lalu.

PEMAIN JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringan kedua ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara pasukan Kedah dan JDT di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

PEMAIN JDT Leandro Sebastian meraikan jaringan gol pertama JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 pasukan Kedah bertemu JDT di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin

PEMAIN JDT, Muhammad Syafiq Ahmad diasak pemain Kedah, Khairul Helmi Johari pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara pasukan Kedah dan JDT di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

PEMAIN JDT, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak cuba menanduk ke arah pintu gol pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

PASUKAN JDT menjuarai Piala Malaysia 2019 selepas menumpaskan pasukan Kedah 3-0 di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Berita Harian X