Rabu, 23 Oktober 2019 | 8:06am
RAHEEM Sterling

Hatrik Sterling lengkapkan malam sempurna City 

MANCHESTER: Raheem Sterling menyumbat hatrik dalam tempoh 11 minit ketika membantu Manchester City bangkit membenam Atalanta 5-1 dalam saingan peringkat Kumpulan C Liga Juara-Juara pagi tadi.

Sergio Aguero menyumbat dua gol babak pertama namun sayap England, Sterling muncul wira sebenar pagi tadi untuk membantu City mendahului kumpulan dengan lima mata.

Atalanta pula kalah kali ketiga dalam penampilan pertama di Liga Juara-Juara namun mendahului tuan rumah apabila Ruslan Malinovsky menyempurnakan penalti.


RAHEEM Sterling ketika menjaringkan gol dalam saingan peringkat Kumpulan C Liga Juara-Juara pagi tadi.

City kemudian tidak memberi ihsan kepada pelawat tapi terpaksa mengharungi perlawanan dengan 10 pemain selepas bintang remajanya, Phil Foden menerima kad kuning kedua pada minit ke-83.

"Keputusan ini sangat bagus. Corak permainan Atalanta menyumbang kemenangan ini,” kata Pengurus City, Pep Guardiola kepada BT Sport.


RAHEEM Sterling ketika menjaringkan gol dalam saingan peringkat Kumpulan C Liga Juara-Juara pagi tadi.

"Pergerakan kami sentiasa dikawal sepanjang masa, ia tidak selesa, kami tidak biasa dengan pasukan yang bermain cara ini.

"Tidak hairanlah Atalanta menamatkan saingan Liga Itali di tangga ketiga musim lalu dan hebat juga musim ini, mereka bermain dengan sangat bagus. Kami dapat lagi tiga mata. Satu lagi kemenangan, kami akan mara.

Atalanta memperagakan aksi garang pada awal permainan dan dihadiahkan penalti pada minit ke-28 selepas Fernandinho menjatuhkan Josip Ilicic untuk disempurnakan Malinovsky.


RAHEEM Sterling ketika menjaringkan gol dalam saingan peringkat Kumpulan C Liga Juara-Juara pagi tadi.

Namun City menyamakan kedudukan enam minit kemudian apabila Aguero meledak gol ke-60 pada penampilan ke-100 di pentas Eropah.

Sterling kemudian menyudahkan penalti selepas dikasari Andrea Masiello untuk City kembali di depan.

Aguero sekali lagi merembat namun City cemas selepas pertahanan Rodri cedera hamstring dan terpaksa digantikan John Stones.

Sterling sekali lagi menemui gawang pada minit ke-58 selepas Kevin De Bruyne melarikan umpanan Foden dan lima kemudian Sterling melengkapklan hatriknya.

"Raheem sangat cemerlang. Dia boleh menyumbat satu lagi gol. Dia banyak membantu kami,” kata Guardiola. – Reuters


SERGIO Aguero ketika mengambil sepakan penalti pada aksi peringkat Kumpulan C Liga Juara-Juara pagi tadi.

Berita Harian X