Isnin, 21 Oktober 2019 | 7:07am
AKSI Adam Lallana ketika menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Manchester United tengah malam tadi.
ADAM Lallana bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Manchester United tengah malam tadi.

Liverpool gagal lebar rekod

MANCHESTER: Liverpool gagal menyamai rekod 18 kemenangan sederet Liga Perdana Inggeris namun gol penyamaan Adam Lallana memadai buat juara Eropah itu mengelak kekalahan apabila terikat 1-1 ketika berdepan Manchester United tengah malam tadi.

Jaringan kontroversi Marcus Rashford membolehkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer mendahului 1-0 pada babak pertama, tapi mereka tidak dapat bertahan apabila membiarkan Lallana yang masuk sebagai pemain gantian tidak dikawal lalu menemui gawang lima minit sebelum masa tamat.

Liverpool kini enam mata di depan Manchester City dan kekal di tangga teratas namun hampa untuk terus memastikan United terus tenggelam di tangga ke-13 dengan dua mata lagi ke zon penyingkiran.


MARCUS Rashford

United bagaimanapun berjaya menyahut cabaran Solskjaer untuk bangkit.

Liverpool tidak menurunkan Mohamed Salah yang masih cedera dan kehilangannya nyata dirasai.

Pelawat yang kembali menggunakan khidmat penjaga gol Brazil, Alisson Becker yang pertama kali disenaraikan selepas sembuh dari kecederaan jarang diuji United yang memilih untuk berkubu di kawasan mereka dan sesekali melancarkan serangan balas.

Solskjaer juga beralih ke formasi 3-5-2 dalam usaha mengekang pergerakan sayap Liverpool, Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson dan ia nyata langkah berkesan apabila United berjaya menghalang mereka mencipta lebih banyak peluang. - AFP

Berita Harian X