Isnin, 14 Oktober 2019 | 6:57am
PEMAIN Russia, Denis Cheryshev (tengah) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Cyprus di Stadium GSP, Strovolos. - Foto AFP
PEMAIN Russia, Denis Cheryshev (tengah) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Cyprus di Stadium GSP, Strovolos. - Foto AFP

Russia pasukan ketiga layak ke Euro 2020

PARIS: Russia membelasah Cyprus yang bermain 10 orang 5-0 awal pagi tadi untuk menjadi pasukan ketiga mengesahkan tempat ke Euro 2020.

Skuad kendalian Stanislav Cherchesov, Russia yang mara ke suku akhir Piala Dunia di laman sendiri tahun lalu, hanya perlu mengelak kekalahan di Nicosia untuk menyertai Belgium dari kelayakan Kumpulan I.

Pemain sayap Valencia, Denis Cheryshev meledak gol pembukaan pada minit kesembilan buat pelawat sebelum Magomed Ozdoev menjadikan 2-0 pada pertengahan babak pertama.

Sebarang usaha untuk Cyprus bangkit ditamatkan hanya pada minit ke-28 apabila Kostas Laifis dibuang padang kerana kekasaran terhadap pertahanan Russia, Sergei Petrov.

PEMAIN Russia, Artem Dzyuba menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Cyprus di Stadium GSP, Strovolos. - Foto Reuters
PEMAIN Russia, Artem Dzyuba menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Cyprus di Stadium GSP, Strovolos. - Foto Reuters

Penyerang Artem Dzyuba menjaringkan gol ketiganya dalam dua perlawanan pada minit ke-79, sebelum jaringan Aleksandr Golovin dan gol kedua Cheryshev melengkapkan kemenangan.

Russia kini mengatasi pasukan tangga ketiga Cyprus dengan 11 mata berbaki dua perlawanan dan akan cuba mengatasi Belgium di persada kumpulan apabila mereka akan menanti kehadiran pasukan nombor satu dunia itu pada 16 November.

Skuad kendalian Roberto Martinez, Belgium, yang layak selepas membelsah San Marino 9-0 pada pertengahan minggu, menang 2-0 di Kazakhstan hasil jaringan Michy Batshuayi dan Thomas Meunier.

Pusingan akhir Kejohanan Eropah yang akan bermula 12 Jun tahun depan, akan berlangsung di 12 lokasi berbeza seluruh benua itu. - AFP

PEMAIN Russia, Aleksandr Golovin (kiri) diasak pemain Cyprus, Ioannis Kousoulos pada aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium GSP, Strovolos. - Foto AFP
PEMAIN Russia, Aleksandr Golovin (kiri) diasak pemain Cyprus, Ioannis Kousoulos pada aksi kelayakan Euro 2020 di Stadium GSP, Strovolos. - Foto AFP

Berita Harian X