Khamis, 10 Oktober 2019 | 12:55pm
Sebahagian pemain-pemain yang menyertai Jom La Futsal TNB 2019 sempena Bulan Sukan Negara. Program dirasmikan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman. Hadir sama Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek. - NSTP/ihsan TNB

1,400 meriahkan Jom La Futsal TNB 2019

KUALA LUMPUR: Lebih 1,400 pemain memeriahkan acara Jom La Futsal anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Kelab Kilat Kuala Lumpur di Gelanggang Futsal dan Padang Kilat, Kompleks Sukan TNB, di sini pada Sabtu dan Ahad lalu.

Program dua hari sempena Bulan Sukan Negara itu dirasmikan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.

Hadir sama Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek merangkap Yang DiPertua Kelab Kilat Kuala Lumpur.


Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman merasmikan Jom La Futsal TNB 2019 sempena Bulan Sukan Negara dengan melakukan simbolik sepakan penalti di Padang Kilat Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar.

Sebanyak 143 pasukan menyertai lima kategori pertandingan iaitu Terbuka Lelaki TNB (100), Wanita TNB (6) , Veteran Lelaki TNB (13), Jemputan Kejiranan TNB (9) dan 15 pasukan Jemputan Media.

Penganjuran program ini selaras dengan hasrat pengurusan TNB yang giat membudayakan program kesihatan dan budaya bersukan di setiap negeri dengan kerjasama Kelab Kilat Kebangsaan TNB.


Antara aksi pemain yang menyertai Jom La Futsal TNB 2019 di Padang Kilat Kompleks Sukan TNB.

Sambutan Bulan Sukan Negara adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’

Berita Harian X