Khamis, 10 Oktober 2019 | 10:57am
Pemain Jerman, Emre Can (kanan) bersaing dengan pemain Argentina, Lautaro Martinez pada perlawanan persahabatan, semalam. - Foto EPA

Emre Can bengang kena peram di Turin

DORTMUND: Emre Can mengakui dia tidak gembira bersama Juventus ketika ini kerana jarang disenaraikan dalam skuad penuh pasukan juara Serie A itu.

Can hanya menjadi pemain gantian dalam pertembungan Serie A dan tidak disenaraikan langsung ketika Juve beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Pemain midfield berusia 25 tahun dari Jerman itu dimasukkan pada minit ke-71 ketika Juve mengatasi Inter Milan 2-1 minggu lalu menjadikan keseluruhan 78 minit beraksi pada awal musim 2019-20 dibawah kendalian Maurizio Sarri.

Can bagaimanapun puas dapat beraksi penuh ketika membantu Jerman berdepan Argentina dalam perlawanan persahatan yang berkesudahan terikat 2-2 di sini, pagi tadi.

"Saya tidak gembira (dengan Juventus) ketika ini. Saya kurang diberi peluang bermain.

"Musim lalu saya diberi banyak peluang bernain terutama dalam aksi penting Juventus. Saya juga beraksi dengan baik.

"Musim ini saya hanya diberi sedikit peluang, tapi selepas ini saya rasa akan diberi lebih banyak peluang semula.

“Saya berterima kasih kepada Joachim Low kerana masih memberi kepercayaan kepada saya meskipun saya kurang beraksi bersama kelab.

"Apapun dia tetap memberikan saya peluang, itu sebabnya jadi kembali gembira dan teruja bermain semula

Can dan Jerman akan kembali beraksi Ahad ini dengan berkunjung ke laman Estonia untuk Kelayakan Euro 2020. – Agensi

Berita Harian X