Selasa, 10 September 2019 | 9:32pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor.

PM ucap selamat berjaya kepada Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengucapkan selamat berjaya kepada skuad Harimau Malaya yang menentang pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Ucapan itu beliau sampaikan menerusi akaun Twitter @chedetofficial, hari ini.

“Selamat berjaya diucapkan kepada pasukan #HarimauMalaya dalam perlawanan malam ini. Saya berharap para penyokong hadir beramai-ramai dan memberi sokongan yang padu buat pasukan negara kita. Buktikanlah bahawa #MalaysiaBoleh,”.

Ini adalah perlawanan kedua pasukan kebangsaan bagi saingan ini selepas menewaskan Indonesia 3-2 di Jakarta pada Khamis lalu.

343 dibaca
Berita Harian X