Selasa, 3 September 2019 | 6:48pm
Pengendali Sepanyol, Unai Emery (kiri) dan bekas pemain Arsenal, Paul Merson. - Foto Getty Image
Pengendali Sepanyol, Unai Emery (kiri) dan bekas pemain Arsenal, Paul Merson. - Foto Getty Image

'Macam 'Unai Wenger' urus Arsenal'

LONDON: Arsenal menonjolkan sedikit peningkatan, kata bekas pemain, Paul Merson, sebelum mendakwa kelab itu bagai sedang dikendalikan oleh ‘Unai Wenger.’

Kelab dari London itu membuat tindakan drastik pada musim panas 2018 dengan menyingkirkan jurulatih yang sudah 22 tahun berkhidmat, Arsene Wenger dan membawa masuk pengendali Sepanyol, Unai Emery.

Secara dasarnya, bekas pengurus Paris Saint-Germain membawa peningkatan di Emirates apabila mengharungi jendela perpindahan yang produktif dengan penambahan pemain-pemain berkualiti.

Begitupun, Merson yang juga bekas pemain tengah England tidak begitu yakin dan mendakwa tidak dapat melihat perubahan ketika kelab itu diikat 2-2 oleh seteru tetangga, Tottenham, minggu lalu yang membuktikan regim ketika ini tidak begitu berbeza berbanding sebelum ini.

“Perlawanan tetangga Utara London adalah pertunjukan yang menakjubkan, perlawanan yang sebenar dan Arsenal berjaya mengikat keputusan sekali pun mereka ketinggalan dengan dua gol,” kata Merson.

“Tetapi adakah sesuatu berubah di Arsenal? Saya tidak fikir seperti itu. Arsenal dikritik susulan kekalahan di Liverpool seminggu sebelum itu, pujian tetap pujian, tetapi tiada apa yang berubah. 

“Ia seperti Unai Wenger sedang menguruskan kelab ketika ini. Setiap kali Tottenham menyerang, mereka seperti akan menjaringkan gol dan Arsenal nampak goyah. Situasi di bahagian pertahanan adalah serius.

“Kamu mempunyai Granit Xhaka yang sentiasa menyepak orang dan dilayangkan kad. Benar, Matteo Guendouzi melakukan hantaran yang hebat bagi gol penyamaan, tetapi kamu tidak boleh bergantung harap kepadanya atau Lucas Torreira sepanjang masa.

“Xhaka, Guendouzi dan Torreira, Arsenal mempunyai tiga pemain yang tidak kreatif. Mereka mampu mengawal bola, tetapi setiap kali Tottenham melakukan serangan, mereka bebas di Emirates. Saya tidak dapat percaya apa yang saya lihat. Ia mengingatkan saya dengan Arsene Wenger.” - Agensi

 

 

Berita Harian X