Ahad, 25 Ogos 2019 | 7:54am
PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah diasak pemain Arsenal, Nacho Monreal dan Joe Willock pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Liverpool, Joel Matip meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto AFP
REAKSI pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika perlawanan menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto AFP

Klopp gembira Liverpool atasi Arsenal

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji kesungguhan skuadnya untuk meraih lebih banyak kejayaan ketika mereka kini berkedudukan teratas Liga Perdana dengan kemenangan 3-1 mengatasi Arsenal hasil dua jaringan Mohamed Salah awal pagi tadi.

Skuad kendalian Klopp meraih mahkota Liga Juara-Juara musim lalu tetapi tewas dalam usaha muncul juara pertama Liga Perdana dalam 29 tahun kepada Manchester City dengan hanya satu mata.

Liverpool dan City tampak sekali lagi akan bertarung tetapi Reds membuka jurang awal lima mata mengatasi juara bertahan itu yang akan berdepan Bournemouth hari ini menerusi persembahan dominan mengatasi Gunners.

“Perlawanan yang hebat daripada skuad saya pada awal musim,” kata Klopp.


PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah diasak pemain Arsenal, Nacho Monreal dan Joe Willock pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto Reuters

“Menakjubkan. Persembahan penuh kekuatan, penuh tenaga, penuh keinginan, penuh keghairahan. Itu yang anda perlukan berdepan pasukan yang bagus seperti Arsenal.”

Kedua-dua pasukan memulakan saingan dengan rekod 100 peratus kemenangan dalam liga utama England tetapi Liverpool menampilkan kehebatan yang masih ada antaranya dengan City.

Arsenal kini tewas dalam tiga kunjungan terakhir ke Anfield dengan gabungan jaringan 12-2 dan harapan awal musim dinafikan walaupun persembahan meyakinkan daripada pemain dengan rekod pembelian kelab, Nicolas Pepe.

Pemain Ivory Coast itu diberikan penampilan penuh pertama sejak dibeli dengan nilai £72 juta pound (RM370 juta) dari Lille dan menunjukkan betapa dia berbaloi dengan sering memberi ancaman menerusi serangan balas pantas. - AFP


PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto AFP

4760 dibaca
Berita Harian X