Khamis, 8 Ogos 2019 | 12:16am
SKUAD bawah 18 (B-18) tahun negara. - Foto FAM
SKUAD bawah 18 (B-18) tahun negara. - Foto FAM

Skuad B-18 buka langkah kiri

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 18 (B-18) tahun negara membuka Kejohanan AFF B-18 dengan langkah kiri apabila tumpas 0-1 kepada Vietnam di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City, sebentar tadi.

Jaringan Vo Minh Trong pada minit ke-88 sudah cukup untuk tuan rumah mengecewakan skuad kendalian Brad Maloney walaupun perlawanan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan.

Kekalahan itu turut menyaksikan skuad B-18 gagal mengikut jejak pasukan 'adik' iaitu skuad B-15 negara yang menundukkan Vietnam 3-1 dalam aksi separuh akhir Kejohanan AFF B-15 di Chonburi, Thailand petang tadi.

Lawan skuad B-18 negara selepas ini adalah pasukan jiran Singapura di gelanggang sama, Jumaat ini dengan anak buah Maloney perlu menang sekiranya mahu membuka peluang lebih baik ke peringkat seterusnya.

Ia susulan mereka dijangka berdepan cabaran getir apabila berdepan Australia dan Thailand yang turut diundi dalam Kumpulan B.

Berita Harian X