Sabtu, 13 Julai 2019 | 11:51pm
Pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Perak, Nazirul Naim Che Hashim pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid
Pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Perak, Nazirul Naim Che Hashim pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid

Helang Merah sambar Bos Gaurus

ALOR SETAR: Usaha Kedah meraih tiga mata di laman sendiri dalam saingan Liga Super tercapai apabila menewaskan Perak 4-2, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan di Stadium Darul Aman itu sekali gus berjaya melonjakkan skuad Helang Merah pada kedudukan tangga ketiga liga.

Dalam aksi malam tadi, Perak lebih dulu berada di depan pada minit ke-29 melalui tandukan Shahrul Saad hasil hantaran sepakan penjuru Firdaus Saiyadi. Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain sayap Kedah, N Thanabalan mudah menolak masuk bola ke gawang sejurus menerima hantaran Fernando Rodriguez 10 minit kemudian.

Pemain Kedah,Muhammad Shakir Hamzah (kiri) berebut bola dengan pemain Perak, Shahrul Mohd Saad pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid
Pemain Kedah,Muhammad Shakir Hamzah (kiri) berebut bola dengan pemain Perak, Shahrul Mohd Saad pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid

Skuad Helang Merah mendapat gol kedua pada penghujung babak pertama perlawanan melalui tandukan padu pemain pertahanan, Renan Alves berpunca daripada sepakan sudut Edgar Bernhardt.

The Bos Gaurus berjaya mendapat gol penyamaan 2-2 pada minit ke-78 apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Shakir Hamzah. Sepakan itu disempurnakan oleh Ronaldo Henrique.

Kedah kembali mendahului pelawat pada minit ke-88 menerusi Rodriguez yang menerima hantaran Shakir. Rodriguez kemudian melengkapkan malam gemilang skuad Helang Merah dengan gol keempat pada masa kecederaan bagi keputusan muktamad Kedah 4 Perak 2.

Pemain Kedah, Renan Da Silva Alves (tiga dari kiri) bersama rakan sepasukan meraikan gol kedua jaringannya ketika menentang pasukan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid

Berita Harian X