MARAN: Pasukan tangga tercorot Liga Super, FELDA United mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 5-4 ke atas PKNS FC pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.
Lima gol skuad The Fighters dijaringkan Thiago Junio De Aquino pada minit keempat, kapten Hadin Azman (m-44), Faiz Mazlan (m-47) serta dua gol pemain kebangsaan Singapura, Khairul Amri Kamal pada minit ke-51 dan 55.
Empat gol PKNS pula disumbang Kpah Sherman pada minit ke-15, Tamirlan Kozubaev (m-60), Jafri Firdaus Chew (m-71) dan Rodney Akwensivie pada minit ke-81.
Terdahulu, PKNS dihadiahkan sepakan penalti pada hujung babak pertama namun penjaga gol FELDA United, Norazlan Razali menepis percubaan Gabriel Guerra. - BERNAMA