Selasa, 28 Mei 2019 | 10:13am
Kenny Tete. - Foto Reuters
Kenny Tete. - Foto Reuters

Belanda ketepi Tete

AMSTERDAM : Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Belanda, Ronald Koeman mengecilkan saiz skuad menjadi 23 pemain menjelang persiapan menghadapi Liga Negara-Negara apabila menyisihkan Kenny Tete selepas pemain pertahanan itu berdepan kecederaan ketika menjalani latihan hujung minggu. 

Sebagai ganti, Koeman memanggil pemain Atalanta, Hans Hateboer, untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Tete berdepan dua aksi di Portugal itu.

Belanda akan bertemu England di Guimaraes, Portugal pada 6 Jun dan tiga hari kemudian akan beraksi sama ada di final atau penentuan tempat ketiga.

Tete, yang mewakili kelab Olympique Lyonnais di liga Perancis, cedera di buku lalu Ahad lalu dan Persatuan Bolasepak Belanda (KNVB) semalam mengesahkan pemain itu tidak cergas dan terpaksa digugurkan dari saingan Liga Negara-Negara.

Selain Tete, Koeman juga menggugurkan Steven Berghuis, Terence Kongolo, Pablo Rosario, Wout Weghorst dan Jeroen Zoet.

Senarai skuad: 

Penajaga gol: Marco Bizot (AZ Alkmaar), Jasper Cillessen (Barcelona), Kenneth Vermeer (Feyenoord Rotterdam)

Pertahanan: Nathan Ake (Bournemouth), Daley Blind, Matthijs de Ligt (both Ajax Amsterdam), Stefan de Vrij (Inter Milan), Denzel Dumfries (PSV Eindhoven), Hans Hateboer (Atalanta), Patrick van Aanholt (Crystal Palace), Virgil van Dijk (Liverpool)

Tengah: Frenkie de Jong (Ajax Amsterdam), Marten de Roon (Atalanta), Davy Propper (Brighton & Hove Albion), Kevin Strootman (Olympique Marseille), Donny van de Beek (Ajax Amsterdam), Tonny Vilhena (Feyenoord Rotterdam), Georginio Wijnaldum (Liverpool).

Penyerang: Ryan Babel (Fulham), Steven Bergwijn, Luuk de Jong (both PSV Eindhoven), Memphis Depay (Olympique Lyonnais), Quincy Promes (Sevilla). – Reuters

Berita Harian X