Isnin, 27 Mei 2019 | 6:39pm
PEMAIN pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.
PEMAIN pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

Van Dijk, Wijnaldum, Liverpool layak menang

AMSTERDAM: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman berharap pasangan Liverpool, Virgil van Dijk dan Georginio Wijnaldum akan memenangi Liga Juara-Juara awal pagi Ahad ini supaya mereka boleh menyertai skuad kebangsaan dengan perasaan positif bagi kempen Liga Negara.

Liverpool akan berdepan Tottenham Hotspur pada final Liga Juara-Juara di Madrid.

Belanda akan menentang England pada separuh akhir Liga Negara di Guimaraes, Portugal pada 6 Jun.

“Ia akan menjadi sedikit pahit jika kedua-duanya pulang tangan kosong selepas musim yang hebat dan begitu hampir dengan trofi besar,” kata Koeman kepada wartawan ketika Belanda bersedia menghadapi Liga Negara di kem dekat Zeist minggu ini.

“Van Dijk, Wijnaldum dan Liverpool tidak boleh menerima itu.”

Koeman ada perancangan untuk membawa keseluruhan skuad Belanda menyaksikan final Liga Juara-Juara jika Ajax Amsterdam layak. 

Namun selepas pasukan dari Belanda itu ditewaskan Tottenham pada separuh akhir, mereka membuat keputusan pasukan kebangsaan kekal di Lagos, Portugal untuk persiapan siri kedua. - Reuters

Berita Harian X