Sabtu, 18 Mei 2019 | 7:36am
ZLATAN Ibrahimovic. - Foto AFP
ZLATAN Ibrahimovic. - Foto AFP

Ibrahimovic digantung 2 perlawanan

LOS ANGELES: Zlatan Ibrahimovic digantung dua perlawanan selepas mencekak leher penjaga gol New York City FC, Sean Johnson ketika kekalahan Los Angeles Galaxy minggu lalu, kata Major League Soccer (MLS), hari ini.

Jawatankuasa Disiplin MLS mengumumkan menerusi satu kenyataan pihaknya menghukum Ibrahimovic kerana kelakukan ganas pada minit ke-86 perlawanan 11 Mei itu.

Ibrahimovic dan Johnson bergelut di padang selepas bertembung pada penamat saingan ketika kekalahan Galaxy minggu lalu.

Kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning kerana insiden yang tidak menunjukkan semangat kesukanan itu.

Johnson kemudian menyalahkan Ibrahimovic kerana gagal mengawal kemarahan.

“Zlatan ialah pemain berbaka, dia jelas tahu apa yang dilakukannya, dia pemain yang bijak dan anda tahu, ia adalah sebahagian permainan,” kata Johnson. - AFP

 

Berita Harian X