Jumaat, 19 April 2019 | 11:52am
Ajax berdepan masalah jadual padat memburu tiga trofi musim ini selepas pertama kali memasuki semula peringkat separuh akhir itu selepas kemarau lima tahun. - Foto Reuters
Ajax berdepan masalah jadual padat memburu tiga trofi musim ini selepas pertama kali memasuki semula peringkat separuh akhir itu selepas kemarau lima tahun. - Foto Reuters

Ajax diberi rehat sebelum berdepan Spurs

AMSTERDAM: Ajax Amsterdam mendapat kelebihan rehat apabila Persatuan Bolasepak Belanda mencapai kata sepakat untuk menangguhkan aksi Liga Eredivisie bagi membolehkan wakil Belanda itu berdepan Tottenham Hotspur dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Ajax yang dijadual bertemu pasukan bergelut De Graafschap pada 28 April iaitu dua hari sebelum mereka berkunjung ke gelanggang Spurs tetapi FA Belanda menangguhkan perlawanan berkenaan sehingga Ajax selesai berdepan musuh dari England itu sekali gus menyaksikan liga Belanda itu diganjakkan sehingga 15 Mei.

Ajax kini berada di carta teratas Liga Eredivisie bersama PSV Eindhoven dengan berkongsi 74 mata selepas 30 perlawanan.

"Kami sudah berbincang denan mengambil kira pelbagai senario,” kata Pengarah Teknikal FA Belanda (KNVB), Eric Gudde.

Kenyataan Gudde boleh diakses menerusi https://www.knvb.nl/nieuws/betaald-voetbal/eredivisie/55147/wijzigingen-....

"Keputusan ini sudah dibincangkan dengan semua kelab lain dan mereka juga sudah tentu perlu mengadakan perbincangan susulan dengan polis dan pihak berkuasa tempatan.

"Alasan yang yang lebih istimewa adalah kerana perlawanan separuh akhir Ajax di Liga Juara-Juara, ia bukan setakat menguntungkan Ajax, tetapi kepada bola sepak Belanda keseluruhannya akan mendapat faedah daripadanya.”

Berbeza dengan Tottenham yang akan berdepan West Ham dalam Liga Perdana Inggeris pada 27 April ketika Ajax diberi pelepasan rehat.

Ajax juga berdepan masalah jadual padat memburu tiga trofi musim ini selepas pertama kali memasuki semula peringkat separuh akhir itu selepas kemarau lima tahun.

Pada 5 Mei ini, Ajax akan bertemu kelab Willem II dalam final Piala Belanda, iaitu tiga hari sebelum aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Tottenham di Arena Amsterdam. - Reuters

Berita Harian X