Rabu, 17 April 2019 | 10:33pm
PEMAIN Juventus, Alex Sandro (kanan) mengasak pemain muda Ajax, Donny van de Beek pada saingan Liga Juara-Juara di Turin. - Foto EPA
PEMAIN Juventus, Alex Sandro (kanan) mengasak pemain muda Ajax, Donny van de Beek pada saingan Liga Juara-Juara di Turin. - Foto EPA

Kembalinya bintang muda Ajax ke Eropah

TURIN, Itali: Sekali dalam setiap generasi, Ajax akan menemui semula formula remaja mereka dan mara ke Liga Juara-Juara menerusi kumpulan bintang mahal yang sudah matang.

Awal pagi tadi di Turin, pasukan dari belanda itu bukan hanya mengejutkan pasukan Cristiano Ronaldo, Juventus. Pada penghujungnya mereka jelas lebih baik daripada juara Serie A itu dengan menang 2-1 dan 3-2 secara agregat.

“Saya rasa kami boleh menjaringkan lima gol,” kata pemain berusia 21 tahun, Donny van de Beek.

Pemain tengah itu menukar perlawanan dengan jaringan penyamaan babak pertama ketika Juventus berada di depan.

Pertahanan tengah remaja yang juga kapten, Matthijs de Ligt, baharu berusia 19 tahun, melompat melepasi dua pertahanan Juve dan menanduk gol kemenangan pada minit ke-67.

“Bola itu tinggi dan saya mahu mendapatkannya. Saya menanduk dengan sempurna di penjuru,” kata De Ligt.

Ajax menamatkan saingan di tangga kedua kepada PSV Eindhoven dalam Liga Belanda musim lalu dan perlu mengharungi tiga pusingan kelayakan bermula dengan pertembungan berdepan Dynamo Kiev pada 29 Julai tahun lalu.

Kemenangan awal pagi tadi bermakna mereka sudah bermain 16 perlawanan musim ini, kalah hanya sekali, di laman sendiri kepada Real Madrid pada pusingan terakhir. 

Mereka membalas dengan kemenangan 4-1 pada pusingan kedua di Santiago Bernabeu. - AFP

Berita Harian X