Sabtu, 9 March 2019 | 5:35pm
PETALING JAYA 24 SEPTEMBER 2018. GAMBAR fail, Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili pasukan Malaysia bawah 16 tahun ketika sesi latihan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto Aziah Azmee

SSMP dominasi barisan B-18 negara ke Jepun

KUALA LUMPUR: Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) mendominasi senarai 22 pemain skuad bawah 18 tahun (B-18) yang akan menghadapi kejohanan remaja antarabangsa Piala Sanix di Fukuoka, Jepun pada 15 hingga 17 Mac ini.

SSMP akan diwakili tujuh pemain diketuai penjaring terbanyak Kejuaraan B-16 tahun lalu, Luqman Hakim Shamsudin.

Skuad kendalian Bojan Hodak akan berangkat ke Fukuoka, esok dan dijadualkan mengharungi tiga perlawanan di peringkat awal.

Bagi aksi peringkat awal, mereka akan menentang Aomori Yamada High School dan Sagan Tuso Youth pada Khamis, diikuti aksi menentang Otsu High School, keesokkan harinya.

Jika berjaya ke peringkat kalah mati, perlawanan akan berlangsung pada 16 Mac dan final pula dijadual berlangsung 17 Mac.

Selepas aksi Piala Sanix, sebelum kembali ke Malaysia, anak buah Hodak akan ke Osaka bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Cerezo Osaka pada 20 Mac.

SENARAI PEMAIN:

Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ali Imran Sukari, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Firdaus Kaironisam, Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Hariz Mansor, Harith Haiqal Adam Afkar (SSMP), T Saravanan, Muhammad Aidil Azuan, Muhammad Hazim Abu Zaid (Melaka), Muhammad Faris Kamardin, Muhammad Firdaus Abdul Razak (Selangor), Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi (PKNP FC), Muhammad Azam Azmi Murad (Terengganu), Nik Umar Nik Aziz (PKNS FC), Arif Aiman Mohd Hanapi (Johor), Muhammaad Wazif Nazarail (FELDA United), Mohd Aiman Afif Md Afizul (kedah), Muhammad Aikmal Roslan (Negeri Sembilan), Akmal Hazim Ismail (Perak), Muhammad Iman Rafaei Abd Razak (Pulau Pinang)

Berita Harian X