Khamis, 21 Februari 2019 | 10:42pm
Leandro Velazquez (tengah) ketika beraksi bersama JDT menentang South China FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala AFC, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru, pada Ogos 2015. - Arkib NSTP
Leandro Velazquez (tengah) ketika beraksi bersama JDT menentang South China FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala AFC, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru, pada Ogos 2015. - Arkib NSTP

Leandro Velazquez kembali ke pangkuan JDT

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan kepulangan semula penyerang Argentina, Leandro Velazquez yang menggantikan Aaron Niguez sebelum jendela perpindahan ditutup semalam.

Pengurus JDT, Luciano Figueroa berkata, Leandro, sudah berada di Johor dan sedia tampil untuk aksi pertamanya menentang Melaka United dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.

“Dengan itu, saya merasakan bahawa Harimau Selatan perlu membuat beberapa perubahan taktikal untuk mengukuhkan skuad. Ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ketika latihan dan perlawanan-perlawanan kompetitif,” katanya.

Leandro, 29, sebelum ini adalah sebahagian daripada pemain yang terbabit dalam kempen kejayaan JDT muncul juara Piala AFC 2015, selepas menyaksikan JDT menang 1-0 ke atas Istiklol FC hasil jaringan tunggal Leandro pada perlawanan akhir. 

Dalam pada itu, Figueroa mengucapkan terima kasih kepada Niguez atas sumbangan membantu JDT menjulang Piala Sumbangsih 2019.

“Saya dan kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Aaron untuk kerjaya beliau di masa hadapan. Terima kasih atas sumbangan anda,” kata Figueroa. 

Berita Harian X